Butakah Cinta ?

Adakah CINTA itu buta?


Apa yang dimaksudkan buta dalam bercinta?
CINTA tidak sebenarnya buta, walaupun CINTA tidak bermata
namun CINTA ada pada kita, dan kitalah yang menjadi mata
kepada CINTA. Dan mata itu terletak pada hati. Berjalannya hati
adalah melalui petunjuk dan cahaya yang telah ditetap kan oleh
ALLAH, bukan melalui nafsu.

Kenapa dikatakan cinta itu buta??
Kerana bila tidurnya tidak lena,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,
Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,
Bila yang haram menjadi halal,
Berjalan beriringan sambil berpegang tangan,
Naik motor berpelukan takut tercicir dijalanan,
Lama -kelamaan kesucian menjadi korban,
Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.
Yang paling diendahkan..
Bilamana tanggungjawab sebagai hamba-Nya mula diabaikan,
Bilamana kitab-Nya sudah tidak betah ditangan,
Dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia..

 

“Bercintalah dengan berlandaskan syarak, jika menyukai seseorang, berbincang, dan kahwinlah dia. Biarlah cinta yang disemai, teguh dan diberkati ALLAH..”

' Dah Baca Erkk ? Follow Sini Tau =)) '

penat yang teramat -,-


hey awak . assalamualamualaikum :D 
dah lame saye tak cite pasal kehidupan saye kan ? maaf lah . post pasal benda macam tu pon elok jugak . menampah kan lagi ilmu pegetahuan . ceehh ! poyo je . okay . lupekan . itu normal .

rilek rilek . okay . hari ni nak cite pasal saye pulak  ape saye buad hari ni ? macam mane saye hari ni ? sehat ke tak ? eh eh . budak . jangan banyak tanye la . hehe .

firstly hari ni saye ade PSV . best tau pelajaran ni . mengajar kita menjadi lebih kreatif dan pelajaran ini juga dapat  memupuk minat untuk melukis , mewarna dan sebagainya . tadi cikgu suruh melukis gambar suasana yang indah . cantik sangat cikgu lukis . cikgu lukis di kertas saye . terima kasih cikgu :D

habis cerita . kedua pulak , saye kan jadi AJK KOPERASI . so , tadi cikgu panggil suruh pegi koperasi . tujuan nya adalah untuk membalut hadiah untuk pelajar yang cemerlang . lupe nak bagitau , AHAD ni ade HAC ( hari anugerah cemerlang ) . saye dan AJK yang lain balut dengan hati yang gembira . banyak tau :D 

habis . masuk yang ketiga pulak , balek sekolah je , budak lelaki ajak pegi SEGI . beli barang untuk berniaga hari ahad ni . pandai niaga ? hah , jangan pandang sebelah mata yahh :) saye memang wajib ikut . deaorang jadikan saye ketua . takpatut takpatut . okay . abaikan -,- saye dan mira balik dulu . mandi dulu . sebab bucuk lah . hehe . but budak lelaki pegi dulu , deaorang yang tunggu kami . takpe biar padan muke deaorang . hehe . sampai sane je , huh . kecoh . pilih barang ape yang patut . setelah selesai , bayar lah . 

nak pendekkan cerita , nak ceritanye kat sini , hari ni penat sangat . banyak benda saye buad . 
okay , nak tido -,-

harap jualan saye mendapat  keuntungan yang banyak . insyaallah .amin :)

' Dah Baca Erkk ? Follow Sini Tau =)) '

Cinta Fitrah VS Cinta Fitnah

Apakah itu fitrah?


Fitrah boleh diertikan sebagai sifat semula jadi pada setiap makhluk-Nya, yang inginkan kebaikan dan menghindari segala kemudaratan ketika dilahirkan di dunia. Fitrah merangkumi seluruh aspek kehidupan, bermula dari diri sendiri, kepada masyarakat, kepada makhluk yang lain sehinggalah kepada hubungan manusia kepada Tuhan.
Fitrah bagaikan sehelai kain putih. Kelahirannya dalam keadaan suci dan bersih. Fitrah manusia yang paling bersih apabila dia pertama kali dilahirkan, manakala fitrah manusia yang paling suci apabila dia mengenal hubungannya dengan Tuhan.
Ia selari dengan kehendak Allah, menepati kewujudan sunnahtullah dan syariatullah. Perangkuman fitrah menuruti jalan kebenaran dan kemuliaan tuhan. Sebagaimana istilah cinta itu diciptakan.
Kehendak cinta antara manusia sehingga cinta kepada Allah, adalah perkara yang wujud sebahagian daripada fitrah manusia. Manusia meraih kalimah cinta untuk melindungi, memelihara, melengkapi dan menyayangi sebagai keperluan untuk meneruskan kelangsungan dalam kehidupan.
Namun, kewujudan cinta atas landasan fitrah hilang apabila ia datang kerana nafsu dan rakus menjadi syaitan. Ketika nafsu dan syaitan merajai segala tindakan manusia, tiada lagi pengertian fitrah dalam perbuatannya. Apabila kesesatan itu terjadi, manusia menjadi antara makhluk yang memiliki sifat tercela dan mengundang kemurkaan Azza wa Jalla.
Pengembalian cinta kepada fitrah adalah salah satu jalan kebenaran. Kini, makin ramai manusia hilang pedoman dan menjauhi dari fitrah makhluk ciptaan Tuhan. Kesesatan  yang semakin jauh dalam menilai erti cinta, semakin lama semakin hampir dengan bala Allah kepada para makhluk-Nya yang berakal, tetapi kufur dan durhaka kepada-Nya.
Kepada para mukminin, carilah erti fitrah cinta yang teragung, cinta Allah s.w.t. Ia tidak berpenghujung, ia sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh-Nya. Ungkapkanlah kalimah cinta yang teragung sehingga ke akhir hayat ini, agar mencapai keindahan cinta yang abadi.
Cinta Allah itu adalah sumber untuk mencintai segala dan semua. Iman kepada Allah dan kasih-sayang sesama manusia sangat erat keterkaitannya.
Ramai pasangan suami isteri yang terlibat dengan perkahwinan yang tidak dimulakan dengan cinta, berjaya juga membina kebahagiaan rumah tangga kerana kekukuhan keduanya mencintai agama. Ini kerana perkahwinan itu sendiri telah memulakan cinta suci mereka.

' Dah Baca Erkk ? Follow Sini Tau =)) '

Star Candy