Adakah CINTA itu buta?
Apa yang dimaksudkan buta dalam bercinta?
CINTA tidak sebenarnya buta, walaupun CINTA tidak bermata
namun CINTA ada pada kita, dan kitalah yang menjadi mata
kepada CINTA. Dan mata itu terletak pada hati. Berjalannya hati
adalah melalui petunjuk dan cahaya yang telah ditetap kan oleh
ALLAH, bukan melalui nafsu.
Kenapa dikatakan cinta itu buta??
Kerana bila tidurnya tidak lena,Mandinya tidak basah,Makannya tidak kenyang,Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,Bila yang haram menjadi halal,Berjalan beriringan sambil berpegang tangan,Naik motor berpelukan takut tercicir dijalanan,Lama -kelamaan kesucian menjadi korban,Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.Yang paling diendahkan..Bilamana tanggungjawab sebagai hamba-Nya mula diabaikan,Bilamana kitab-Nya sudah tidak betah ditangan,Dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia..
“Bercintalah dengan berlandaskan syarak, jika menyukai seseorang, berbincang, dan kahwinlah dia. Biarlah cinta yang disemai, teguh dan diberkati ALLAH..”
No comments:
Post a Comment