Cinta Remaja :D

Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak?

Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi saya cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu.


Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja.
Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaigan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.
Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.
Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.

 Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjang pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.


Bagi wanita, cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki, cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung.
Oleh itu, bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.
Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.
Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih di bisikkan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari.
Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah ‘cinta bagi lelaki dan wanita :)

' Dah Baca Erkk ? Follow Sini Tau =)) '

Hidup Ini Indah Jika Bersama ALLAH :)

TEMAN

♥: Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..
:♥: Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..
:♥: Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..
:♥: Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..
:♥: Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki..
 Hidup Ini Indah Jika Bersama ALLAH :)

' Dah Baca Erkk ? Follow Sini Tau =)) '

Nasihat seorang teman :)

Salam. Bismillah..
Apa khabar hati?
Masihkah ia seperti embun?
Menunduk tawaduk dipucuk-pucuk daun..
Masihkah ia seperti batu karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian,
Apa kabar iman?
Masihkah ia seperti bintang?
Terang benderang menerangi kehidupan


“Dalam aku mencari redha-Mu tuhan, jiwaku perlu kepada mutiara ihsan, kalbuku perlu pada permata iman, agar diriku sentiasa indah dengan nikmat ISLAM, tetapi bagaimana harus ku merasai semua itu tanpa bantuan seorang teman yang mampu menjadikan diriku menuju ke sisi-Mu Tuhan.”

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah melenyapkan rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tau bila Allah mencintaiku iaitu saat ku membenci segala kejahatanku..”
“Berpenat lelah la kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan, jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup ini diciptakan” – Imam Syafie
Hadapilah setiap ujian yang mendatang dengan tenang dan menganggapnya ujian itu jalan kita menuju syurgaNya. Dia tdak akan menguji hambanya seandainya Dia tahu kita tidak mampu tapi kita diberi ujian bersyukurlah dengan sebenarnya kerana itu dia menandakan amat menyayangi kita..
Walau peritnya ujian walau pahitnya derita walau sakitnya jiwa walau pedihnya hati ibarat dlukai dgn garam tapi ketahuilah. setiap ujian itu mgharapkan kemanisan iman yang tiada nilainya.sukar ditafsirkan oleh hati sukar digambarkan dengan mata. Fahamilah sakit itu sebenarnya penawar segalanya. Bersemangatlah.. 
 
Semoga Allah redha dan kasih dengan kita semua. InsyaAllah..  Kita akan cuba untuk menjadi yang soleh dan solehah. Mungkin untukmu yang bergelar pemilik hatiku.Redhakanlah kami. Amin ya Rabb. Tabahkan hatiku.. :)

' Dah Baca Erkk ? Follow Sini Tau =)) '

Star Candy